Friday, January 6, 2012

KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Salam di angin lalu,

"KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA"

Daripada peribahasa yang dipaparkan diatas sudah cukup untuk merungkaikan betapa sedih nya hati ini pabila dek kerna nila setitik, habis rosak susu sebelanga.. Setitik sahaja bukan nya separuh atau semua kan? Ya benar sungguhpun hanya setitik tapi impaknya sangat besar terhadap susu tersebut dan jugak terhadap saya. Masyaallah, betapa gembira nya bila kita dapat kecapi apa yang diinginkan bersama orang yang tersayang di sekeliling kita.. Betapa berusaha keras nya aku untuk mendapatkan tempat dan kedudukan yang terbaik buat diriku dan juga rakan ku di dalam kelas. Betapa gumbira nya di hati ni apabila dunia ini bagaikan aku yang punya. Bila apa yang dihajati dikabulkan. Tetapi segala kebahagiaan dan kegumbiraan hanyalah seketika. Aku tidak berpeluang untuk merasai detik2 bahagia bersama rakan ku di dalam kelas pabila tempat duduk keramat ku didalam kelas sudah dirampas oleh orang lain. Bagaikan merampas dan meragut kebahagiaan seseorang. Sungguh perit dan pahit buatku dan rakanku untuk menelan kedukaan ini.. Dek kerna seorang pelajar yang tidak berpuas hati akan kedudukan nya lalu meminta guru kelas untuk "reshuffle" semuanya..segala -gala nya..
Bayangkan apa yg aku dan rakanku rasai? Betapa luluh dan hancur nya hati kami ini bagai dicarik-carik dan disiat-siat..Cuba bayangkan sahaja lah jika kamu di tempat kami?
Apa yg akan kamu rasa? Bila segala usaha yg dilakukan hanyalah SIA-SIA..
Penantian yang selama ini juga adalah SIA-SIA..Sesungguhnya,
PENANTIAN ITU SUATU SEKSAAN !!

Sampai hati sanggup buat kami semua menderita semata mata hanya utk mementingkan diri kamu sendiri.. Jika kita inginkan sesuatu, tiada jalan yang mudah untuk mendapatkannya..
Just Imagine, lepas perhimpunan, aku dengan pantas nya berlari-lari pergi ke kelas untuk reserve tempat. Tapi malangnya tempat tu bukan milikku lagi. Tiap tiap hari aku sudah merancang,berbincang,bertanya..minta bantuan pada rakan2 yang lain..Bersepakat bersama..
Tapi apa kesudahannya ? Lu Pikir lah Sendiri..

Sungguh ku tak sanggup membiarkan kawan baikku berseorangan di belakang.Menangis ter esak-esak..Termenung jauh tidak bekerdipan.. Jauh dari diriku. Terlalu jauh dari aku.. Terlalu dalam tak terselam.. Tapi apakan daya? Aku ini bukan lah siapa siapa yang mampu untuk mengubah segalanya.. Mengubah kedudukan seseorang daripada belakang ke depan atau sebaliknya.. Hanya doa sahaja yang ku titipkan buat rakanku di belakang nun jauh di sana..

Cuma apa yang ku kesalkan, sifat manusia yang berbagai-bagai..
Pokok nya, jika ingin mendapatkan sesuatu sentiasa lah..
"PAT PAT SIKU LIPAT , SIAPA CEPAT DIA DAPAT"
TOLONG JANGAN AMBIL KESEMPATAN DAN JALAN MUDAH SEHINGGA MENGANIAYAI ORANG LAIN !! Ini belum lagi termasuk persepsi guru-guru dan rakan-rakan yang lain tentang kedudukan KETUA bersama PENOLONG..
Bak kata cikgu, Bagai Irama dan Lagu.. Teeeeeetttt ~


Sekian coretan luahan hati. Tak puas hati ? Boleh pergi dari sini :)
http://wawaxpressmyfeelings.blogspot.com

No comments:

Post a Comment