Aku ingin menjadi mimpi indah dalam hidupmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih……
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayang mu seakan akan……
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sedih……
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam hidupmu
Setiap malam aku nak kau sentiasa mengingati aku. Sentiasa gembira bersama dengan aku. Tak pernah tinggalkan aku dan aku akan sentiasa menemani kau di setiap tidur kau. Aku nak menjadi mimpi paling indah dalam hidup kau.
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Setiap saat dimana pun kau berada tidak kira beribu batu jauh sekalipun atau sedekat mana sekalipun aku nak kau sentiasa mengingati aku. Aku nak jadi sesuatu yang utama dalam hidupkau. Aku nak menjadi sesuatu yang kau rindukan selalu.
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Sebab tanpa kau dari pandangan, setiap perkara yang aku lakukan sangat sulit. Sehari bagaikan setahun. Sejam bagaikan semalam. Sesaat bagaikan sebulan. Aku akan hilang arah dan keadaan menjadi sangat rapuh tanpa kau di sisi dalam tempoh masa yang lama mahupun sekejap.
Karena hati telah letih……
Perasaan menjadi sangat letih dipermainkan. Seperti sebiji bola yang dibawa masuk ke gelanggang untuk suatu perlawanan. Walaupun hati letih aku tetap sabar menanti dan menuggu kehadiran mu saban hari. Tak kira walau beribu wanita,budak kecik,makcik,mak nyah yang awak ada sekalipun..
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku pernah bagi kad hari jadi untuk kau dua tahun yang lalu. Itulah ulang tahun yang pertama yang diraikan. Kerana itulah tahun pertama kita saling mengenali. Aku berharap sangat bahawasa nya kau simpan kemas kemas kad pemberian daripada aku tu. Nanti suatu saat bila aku dah tiada. Aku nak kau bukak,baca,amati dan hayati semula setiap kata kata yang ditulis pada kad tersebut. Semoga kau tak buang jauh2 kad tu. Jadikan lah kad itu sebagai pengganti diri buatku.
Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
Setiap saat setiap waktu setiap detik setiap masa aku selalu fikirkan kau. Fikirkan betapa kejam nya diri kau. Fikirkan betapa mulia nya dirikau. Fikirkan segalanya tentang kau. Kau lah orang yang selalu aku puja. Kau no.1 dihatiku. Kau lah sahabat aku. Kau lah kawan aku. Kau lah teman aku. Kau lah musuh aku. Kau juga lah pengarang jantung hatiku. Tapi sayangseribukalisayang kau tak pernah tahu dan tak pernah hargai.
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sedih……
Tiba masa nya aku kehilangan. Tiba masanya kau dah jadi musuh aku. Tiba masanya segala galanya dah berubah. Salah aku ke? Aku ke bersalah? Dan aku sangat sedih. Walaupun dah setahun berlalu rasa itu masih kuat bagaikan semalam kita baru berpisah...
http://wawaxpressmyfeelings.blogspot.com
No comments:
Post a Comment